Kulit manusia tidak serupa antara satu sama lain. Sejak dari bayi lagi kulit manusia akan berubah mengikut alam sakelilling, makanan yang dimakan juga genatic kuturunan keluarga.
Masaalah kulit yang paling biasa berlaku pada kebanyakan manusia ialah kulit kering. dimana kelembapan kulit akan hilang sedikit demi sedikit ada juga dari bayi lagi mereka sudah mengalaminya.
Kompikasi akibat kulit kering antaranya ialah:
*Kelihatan tua sebelum masanya. Kulit yang kering akan hilang elasticnya tidak anjal dan berkedut.
*Gatal-gatal, kerana kulit yang kering akan mudah merekah dan mengelupas dan ini memudahkan kuman, bakteria dan fugus masuk ke ruang rongga atau rekahan yang terjadi seterusnya bergagai komplikasi lain akan berlaku seperti kurap, kayap dan sebagainya.
Masalah kulit begini akan kerap berlaku pada kanak-kanak dan wanita. Pada kanak-kanak antara sababnya ialah kurang antibody begitu juga wanita yang semestinya sifat kulitnya lebih halus dari lelaki dan sekiranya tidak menjaga makanan dan kurang minuman kulit wanita akan lebih mudah menjadi kering. Sabun mandi juga jika menguna yang kurang sesuai atau terlalu kerap mengunakannya akan mengakibatkan kulit menjadi kering.Alahan kepada element makanan dan bahan kimia dan herba - herba perubatan juga akan mengakibatkan penyakit kulit yang sukar diubati.
Bagi wanita yang mengandung masalah kulit mesti diambil perhatian yang lebih kerana antibody dan metabolik badan juga hormon akan bertindak mengikut perubahan badan. Kekeringan di kulit perut hampir tidak dapat dielakan begitu juga dibahagian yang lain seperti di leher, di punggung dan lain-lain mengikut tindakbalas kulit dengan perubahan yang berlaku. Sekiranya tidak dirawat dengan sempurna ia akan meningalkan kesan dan parut yang tidak cantik.
Bagaimana mencegah dan merawatnya dengan selamat ? Sejak dari zaman dahulu lagi masyarakat Asia Tenggara dan Pacific telah mengamalkannya. Minyak kelapa telah diguna dengan meluas, begitu juga hampas kelapa dan air kelapa telah digunakan sebagai penawar bebagai penyakit. Minyak kelapa telah digunakan bukan saja sebagai minyak masak tetepi juga sangat popular sebagai minyak urut dan minyak rambut. Di utara tanah air ia dinamakan sebagai "minyak tanak".
Kini Minyak kelapa yang dara terbukti mempuyai sifat yang antivirus. antibakteria, antifungus dan kaya dengan lauric asid dan vitamin E amat baik untuk merawat kulit yang bermasalah, merawat luka-luka, kudis, ruam gatal, kurap. kayap,melembabkan kulit, menghilangkan kedut muka, melecur terkena api atau air panas dan sebagainya. "Minyak Kelapa Dara" lebih baik dari minyak kelapa yang dipasar sebagai minyak masak kerana proses pembuatanya mementingkan QUALITY dan bukannya Quantity.
Minyak Kelapa Dara diproses dengan santan tanpa mengunakan haba panas atau bahan kimia tambahan untuk mengekalkan khasiat ajaib KELAPA mengubat dan merawat. Sekiranya kita mengamalkan menguna Minyak Kelapa Dara insyaallah bukan saja kulit kita menjadi cantik ia jaga menjadikan badan kita sentiasa bertenaga dan sehat. Kerana dengan penguna cara dwi tindakan yaitu memakan dan menyapu, rawatan mengunakan Minyak Kelapa Dara akan menjadi lebih mujarab luar dan dalam badan dari hujung ranbut ke hujung kaki.
Tdak seperti udat - ubatan moden mahupun tradisional yang merawat adakalanya mempunyai kesan sampingan dan tidak kekal, Minyak Kelapa Dara ialah bahan ORGANIC asli tidak langsung ada kesan sampingan yang negatif dan ia juga merawat secara total dan apa yang pasti penyakit dan masalah kulit akan hilang tidak kembali lagi.
Minyak Kelapa Dara ialah bahan makanan yang merawat penyakit secara semulajadi dan selamat.
