Berita Harian Online H1N1 kembali ganas
Oleh Faiza Zainudin dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my
2010/04/02
MURID Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kuala Kubu Bharu memakai topeng mulut sebagai langkah berjaga-jaga selepas murid sekolah terbabit disyaki menghidap wabak H1N1.83 kes di Selangor, Melaka, Terengganu sah dijangkiti virus tempoh seminggu
KUALA LUMPUR: Wabak Influenza A (H1N1) yang pernah mengorbankan 77 orang di negara ini, kembali mencemaskan apabila 83 kes di Selangor, Melaka dan Terengganu disahkan dijangkiti virus itu dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu lalu.
Pada Sabtu lalu saja, 371 pesakit dimasukkan ke 38 hospital kerajaan dan tujuh pusat perubatan swasta di seluruh negara dengan simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). Daripada jumlah itu, 25 disahkan positif H1N1 dan lapan dirawat di unit kecemasan. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan meningkatkan pemantauan serta pencegahan bagi mengelak virus itu merebak.
Daripada 83 kes itu, 15 membabitkan kakitangan Hospital Serdang, Selangor, 16 pekerja Ladang Sime Darby Merlimau, Melaka; 31 pelajar Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah, Melaka; tujuh pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin Melaka, sembilan penghuni Rumah Anak Yatim Vidyalaya Kuala Kubu Bharu, Selangor dan lima pelajar Sekolah Menengah Agama Rantau Abang Dungun, Terengganu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes secara berkumpulan itu menunjukkan penularan H1N1 di negara ini masih aktif, tetapi terkawal.
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya masih belum ada tanda berlaku gelombang kedua H1N1.
“Risiko atau kemungkinan berlakunya gelombang kedua masih tetap ada kerana masyarakat Malaysia secara amnya masih rentan terhadap jangkitan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman web kementerian.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah pencegahan H1N1 yang diumumkan sebelum ini.
Di ALOR SETAR, sumber memberitahu Sekolah Menengah (SM) Teknik Langkawi ditutup semalam, menjadikan tiga sekolah di pulau itu ditutup setakat ini berikutan jangkitan ILI.
Arahan menutup sekolah itu dikeluarkan selepas 86 daripada 616 murid dan kakitangannya mengalami demam, batuk dan selesema.
Kelmarin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup berikutan lebih 50 peratus pelajarnya terkena jangkitan sama
( Ulasan Kami)
Penularan dan jankitan HINI ini boleh kita elakan dengan cara menjaga kebesihan diri juga dengan meningkatkan imunity badan untuk melawan virus yang cuba masuk kebadan kita. Tak guna memakai topeng dan sebagainya jika imunity badan kita lemah bukan saja H1N1 tapi perlbagai penyakit lagi seperti Denggi, HIV dan sebagainya.
Ternyata Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Lauric Asid dan Vitamin E akan meningkatkan daya tahan badan kita dari penyakit apa lagi dengan sifat Minyak Kelapa Dara yang antibakteria, antivirus dan antifungus akan membunuh kuman - kuman tersebut dan melindungi badan dari penyakit.
Bertindaklah sekarang jangan nak tunggu hingga anda atau keluarga tersayang anda terkena jangkitan. Mengapa masih tunggu dan lihat jika sudah ada penawarnya tetapi masih berdegil, mungkin jika sudah ada yang meninggal baru nak tercari - cari. Mahal ke? tapi jika dibandingkan dengan kesejateraan keluaga atau nyawa tentuya ianya amat murah, Apa lagi jika dibandingkan dengan ubat - ubatan modern dan bayaran rawatan hospital yang semakin mmeningkat.
